Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan suasana. Baru - baru saje ni family day belah ayah saya baru je diadakan di Teluk Intan, Perak. Ini kali kedua kami mengadakan family day di sana tapi malangnya saya tidak terlibat kerana ia berlangsung pada hari saya ade kelas. Disebabkan final exam sudah semakin dekat saya tidak mengambil risiko untuk ponteng kelas kerana selalunya kelas yang uat kali terakhir merupakan kelas terpenting kerana lecturer akan menyampaikan maklumat yang penting sahaja untuk keluar exam. Saya berasa amat sedih sebab saya saje yang tak datang untuk family day tu manakala yang lain sume ade. Evendo makcik saya yang duduk kat Sabah tu pun datang. sedihnya sbb da lama tak jumpa ateh lagi- lagi baru baru ni dy ade baby baru saya tak jumpa pun dy, Family day yang dekat Teluk Intan ni berlangsung 3 hari dari isnin sampai rabu. Pada hari rabu cuti umum, itu kerana family day berlangsung 3 hari tersebut. Saya berasa sedih tak dapat nak terlibat skali hari family day tu tetapi tahun depan mereka bercadang untuk mengadakan family day lagi. saya amat berharap ia tak berlangsung pada hari kelas.
my life
Thursday, 19 December 2019
Gambang
Setelah berkemas dan meletakkan barang di bilik masing - masing dalam pukul 2 itu jugak kami terus pergi ke Gambang Waterpark untuk pergi mandi - manda. Kami pergi ke sana dengan menaiki sebuah tram yang disediakan oleh hotel tersebut untuk menuju ke waterpark. Kami telah menyewa sebuah pondok untuk berehat sepanjang bermandi- manda di Gambang. Tiba sahaja di resort kami terus menuju ke tempat gelongsor dan mencuba kesemua permainan gelongsor di sana. Antara banyak- banyak permainan gelongsor yang ade saya paling takut main dekat 6 lane racer tu sebab gelongsor dy paling curam dan dy permainan yang menakutkan klau orang yang tak reti main, hahahahhh. Saya pernah main sekali je lpastu tak main da sebab takut sngat. Da abis bermain dalam pukul 6 kami balik tanpa menukar baju dan naik last tram pulang resort balik. Pada waktu kami pulang dari waterpark kami terlihat ade pasar yang bukak tidak jauh dari resort.
Pada malam itu kami beli beberapa makanan malam untuk menapis perut yang lapar selepas bermain air. Lepas da makan, kami semua pergi karaoke satu family di bilik karaoke mmg bising and riuh tak terkata. Da abis menyanyi semua, budak laki sambung bermain pool manakala semua girl girl yang lain balik bilik sebab da larut malam.
Esok pagi kami bangun dan terus pergi sarapan pagi yang dihidang di resort. setelah bangun solat subuh saya terus bangun dan bersiap - siap untuk pergi makan. Dah habis breakfast saya join adik dan makcik saya mandi swimming pool yang ade kat resort tu sebelum pulang. Kami kena checkout pukul 12 tengahari. Da puas mandi sume, kami bersiap siap blk.

Tuesday, 17 December 2019
Matriculation life


Uni life...
After all this time, I finally got to further my study near my home. Alhamdulillah doa termakbul jgk untuk sambung Universiti dekat dengan rumah. So bleh la asyik balik rumah, hihihiiii.... Waktu isi upu haritu, saya isi 1) um 2) ukm 3) upm and timr fasa 2 saya ubah upu saya kpd 1) um 2) upm 3) ukm, sbb saya tukar upm kedua adalah kerana saya ada makcik saya di sana yang boleh menjga saya. Makcik saya merupakan seorang lecturer medical dkat upm. Saya isi um as first choice of course sbb um is a top university in Malaysia and actually um adalah universiti yang paling dekat dengan rumah dalam 10 minit sudah sampai. Klau saya dapat um confirm asyik balik rumah je keje lpastu tinggal rumet sorang - sorang nnt. Kesian rumet ku yg tercinta nnt... Alhamdulillah sekarang saya dapat sambung belajar dekat Universiti Kebangsaan Malaysia. UKM ni pun bkan jauh mane dari rumah tapi ambil dalam 30 minit jugak untuk sampai ke kolej. Environment yang selesa dan luas membantu pelajar untuk study ngan aman. Dkat ukm ini ada kemudahan bas dan ade juga kemudahan ktm dan mrt. Kemudahan ini memudahkan pelajar untuk keluar berjalan dan menuju ke sesuatu tempat dengan mudah. Kemudahan sewa kereta juga disediakn kepada pelajar untuk membawa kereta keluar berjalan - jalan. Rumah saya terletak berhampiran dengan ktm setiap kali saya ade masa terluang saya mengambil masa itu untuk pulang ke rumah hihihhiiii..... Since masa saya terlampau pack dan banyak assignment saya jarang balik rumah kecuali parents saya datang ambik....
Secondary life

Hi there, kat sini saje nak share experience time secondary school life. Time form one je saya telah pergi menuntut ilmu di 3 buah sekolah yang berbeza.... curious kan, asal banyak sekolah dy ni pernah pergi. Dy ni budak nakal ke dulu. Meh saya bagitau kenapa saya pergi banyak sangat sekolah hahahahhhh. Habis upsr dulu skola kita suruh isi borang sekolah menengah yang terdiri daripada SMK Bukit Bandaraya, SMK Sri Pantai dan SMK Bangsar. Time tu jugak dengan bantuan mama saya, saya isi untuk sekolah berasrama penuh dan mrsm bagi menyambung pelajaran di sekolah yang lebih baik kata mama saya. Pada mulanya saya dapat menyambung sekolah di SMK Sri Pantai. Maka saya berlajar di situ dalam kira 3 minggu selepas itu, saya berpindah ke sekolah lain iaitu SMK Aminuddin Baki. Saya dapat memasuki ke sekolah itu lewat sedikit selepas membuat rayuan kedua.
Saya berpindah ke sekolah itu kerana sekolah itu merupakan antara top school di Kuala Lumpur dan ia merupakan sekolah yang memartabatkan English sbg 2nd language. Di situ, pelajar - pelajar amat friendly dan aktif. Pada mulanya saya berasa amat segan kerana msk sekolah lambat dari yang lain tetapi perwatakan yg amat beramah mesra oleh mereka menyebabkan saya berasa selesa untuk belajar dengan tenang.
Selepas 1 minggu, keputusan mrsm telah keluar. Setelah saya balik ke rumah mama saya beritahu bahawa saya telah dapat menyambung ke mrsm Beseri. Pada mulanya saya amat happy kerana dapat memasuki skolah yg diminta dan juga merupakan sekolah yang dikatakan skolah budak pandai tetapi saya tertanya Beseri tu terletak kat ne??? Saya search internet Beseri itu terletak kat Perlis. Saya jujur dulu saya mmg taktau Perlis tu kat ne and sy mmg tak pandai Geografi. Waktu tu saya macam blur lg but then saya happy kerana dapat duduk asrama. Saya beria berkemas sume barang yang nak bawak ke asrama. Kami singgah ke Kampung di Perak sebelum bertolak terus ke Perlis.
Setelah sampai di mrsm saya berasa amat excited kerana dapat experience new thing. Selepas da load sume barang msk ke dalam bilik. Parents saya pun balik semula ke KL. Ingatkan saya dapat adapt dengan suasana baru but saya berasa amat sedih sangat kerana saya tidak pernah berpisah jauh dari parents saya. Time mrsm dulu, smartphone tidak boleh dibawa dan telefon nokia sahaja yg boleh dibawa. Sepanjang saya berada dari mrsm saya sering berhubung dengan parents saya. After a long time, I already adapt with the environment... Sekian itu sahaja dari saya....
Thursday, 12 December 2019
Bowling time xxx
Kami dikatakan
bahawa nanti kita semua anggota ahli suksis akan adakan pertandingan permainan
bowling. Maka jurulatih kami pun cadangkan untuk pergi berlatih katanya. Maka pada
hari sabtu pada hari itu kami pun pergi join jurulatih kami bermain bowling di
bangi gateway pada malam itu. Kami bermain 2 game yg berharga RM14. Amat sengit
permainan antara jurulatih dengan mereka yg berlawan ngan cik penzy pada masa
itu. Selepas habis bermain kami sume pergi makan di kedai makan fariz tidak jauh
daripada bangi gateway. Kami berasa amat seronok kerana dapat luangkan waktu
bersama walaupun tidak sume ade. Kami pulang dalam pukul 11 gitu kerana telah
membazirkan waktu meluangkan masa di kedai makan.
Sabtu minggu lepas pula, jl kami mencadangkan
sekali lagi untuk bermain bowling bersama pada waktu riadah time suksis pada
hari sabtu. Pada ketika itu, ramai yg turun bermain dan malangnya kami bermain
lewat sedikit kerana menunggu lane yg kosong untuk bermain. Masa itu, jl kami
tidak turun sbenarnya kerana dia ingat ramai yg tidak turun hahahahhh. Memang pada
masa itu ukhuwwah kami mula makin erat dari hari ke hari. Selepas abis bermain
kami pergi bersama- sama ke pasar belakang bangi gateway itu. Kami lepak
bersama – sama dan menghabiskan masa berborak di sana. Disebakan hari tidak
mengizinkan kami pun pulang tidak lama kemudian
Hari Interaksi
Saya ingin berceritakan pengalaman saya mengenai hari interaksi suksis bagi ahli skuad 15. Hari interaksi ini diadakan bagi mengeratkan hubungan sesame skuad yang dikendalikan oleh skuad intern, S14 bersama – sama dengan skuad senior, S13. Hari interaksi ini diadakan selama 3 hari 2 malam di Kuala Woh, Perak. Kami bertolak dari Kesatria pada pukul 3.30 petang dan sampai dalam linkungan pukul 6 petang. Semasa kami di Kesatria kami diberi satu tag nama. Sebelum keluar dari bas, kami disuruh untuk menyerahkan telefon dan jam tangan kepada ajk yang bertanggungjawab. Sepanjang hari di kem kami tidak dapat mengenalpasti masa kerana jam dan telefon diambil. Tiba sahaja kami disana kami diatur khemah dengan beratur bertiga – tiga. Pada malam tersebut, kami ade taklimat serba sedikit mengenai suksis dan pengalaman oleh senior skuad dahulu dan juga daripada ajk yg bertugas. Setelah habis taklimat kami dibahagi mengikut kumpulan. Kumpulan telah dibahagi kepada 7 dan kumpulan ditentukan di belakang tag nama terdapat no kumpulan. Waktu itu, kami diberi satu tugas untuk membuat satu bendera dengan mengandungi moto, logo, visi dan misi serta lagu kumpulan. Setelah siap hasilkan kami perbentangkan hasil kerja kami dan setiap seorang diberi satu tali mengikut wane kumpulan sebagai barang wajib yg perlu ade sentiasa. Sebelum kami pergi tido, kami bermain satu permainan itu peka. Dengan menutup mata kami berjalan ke tempat yg ingin dituju.
Hari keesokannya, kami bangun dalam linkungan pukul 5.30 pagi untuk bersiap siap solat subuh berjemaah. Kami mulakan pagi kami dengan senaman pagi. Pada hari Sabtu itu, kami bermain explorace berlawan dengan kumpulan yang lain mengikut petunjuk yang diberi. Ia amat mencabar kerana kami harus menyelesaikan misi di setiap checkpoint dalam masa 10 minit dan jika kami tidak dapat selesaikan pada masa tersebut kami dikenakan denda. Pada masa yg sama kami perlu mengawasi bendera kumpulan daripada dirampas oleh ajk. Pada masa petang kami dapat bermain sungai sebentar selepas kami bermain Tarik tali dan berguling di atas lumpur. Selepas itu, kami terdapat aktiviti masakan rimba dengan perlukan hasilkan roti dan telur. Pada malam tersebut, kami terdapat malam kebudayaan dengan setiap kumpulan diberi satu tema yang tersendiri. Kumpulan kami dapat tema Bollywood hahahhhh. Setelah sume kumpulan uat persembahan, tiba masanya penukaran hadiah antara sesame suksis. Pada hari tersebut kami memang amat penat kerana seharian kami berlari dan menggunakan banyak tenaga. Setelah habis malam kebudayaan, sume terus sambung balik tidur. Tiba – tiba sahaja pada beberapa jam selepas itu, kami terdengar siren dan disuruh untuk berkumpul di tempat parking kereta. Dengan mengantuknya, kami bergegas berkumpul dan terdapat aktiviti juga pada pagi tersebut dengan meninggalkan kami di tngh2 hutan sambal menutup mata. Selepas habis sume amat mengantuk dan sambung tido.
Hari terakhir, kami dapat tido dalam 2/3 jam begitu dengan bangun pagi pada pukul 5.30 pagi. Setelah solat berjemaah sume sambung tido dalam surau kerana tidak dapat cukup tido… Kami melakukan senaman pagi bagi membangkitkan semula semangat untuk melakukan aktiviti pagi. Pada hari ahad tersebut, kami memasuki hutan dan rentas paya dan sungai yang deras bersama sama dengan ahli kumpulan. Kumpulan kami dikenakan denda kerana tidak dapat selesaikan tugasan yg diberi dan kami juga merupakan ahli kumpulan yg terakhir untuk menyelesaikan aktiviti ini… Habis sahaja kami bersiap siap untuk majlis penutupan. Saya memang mengantuk dan saya cuba bertahan sedaya upaya saya untuk tidak tidur pada waktu itu. Habis sahaja kami saksikan video montaj yg dihasilkan oleh ajk multimedia. Habis kami bersiap siap untuk pulang balik university. Kami juga dapat semula telefon kami semula. Sepanjang di dalam bas kami sume tido kerana kepenatan dan bangun sahaja tngk sudah sampai di kesatria.

Subscribe to:
Posts (Atom)
Teluk Intan
Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan...
-
Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan...
-
Assalamualaikum, di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai proses bagaimana saya dapat sertai ahli keluarga SUKSIS say...
-
Kami dikatakan bahawa nanti kita semua anggota ahli suksis akan adakan pertandingan permainan bowling. Maka jurulatih kami pun cadangkan un...