Assalamualaikum,
di sini saya ingin berkongsi serba sedikit mengenai proses bagaimana saya dapat
sertai ahli keluarga SUKSIS saya. Ciri – ciri kelayakan kemasukan bagi
perempuan adalah tinggi(158cm) dan bagi lelaki adalah tinggi(162cm) serta BMI
haruslah dalam linkungan (18 -26.9). Pada mulanya, kami harus pergi untuk
melakukan ujian fizikal. Di sana, mereka akan menyuruh kita melakukan serba
sedikit latihan untuk melihat postur badan, kekuatan, dan kehendak kemahuan
kita untuk sertai SUKSIS. Saya ingat bahawa saya disuruh untuk melakukan 10x
push up, 10x ringkuk tubi separa, lombat bintang, dan juga lakukan kawad
sedikit.
Selepas kita
telah berjaya laksanakan peringkat ujian fizikal, mereka akan tapis dan
berhubung dengan kita untuk pergi ke peringkat temuduga. Dalam tempoh 1 minggu
untuk bersiap ditemu duga. Mereka menyuruh untuk mengenali dan menyelidik serba
sedikit mengenai suksis dan seangkatannya seperti pulapol dan pdrm. Kami ditemu
duga oleh pegawai polis atasan mengikut kumpulan. Pada masa temu duga, kami
harus memperkenalkan diri dan memberi penyataan mengenai sebab penglibatan diri
dalam suksis ini dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Setelah satu kumpulan
telah memperkenalkan diri, kami ditanya secara rawak mengenai pengetahuan am
yang berkaitan suksis. Sebelum beredar kami diberi peluang untuk menawarkan
diri dengan memberitahu kelebihan yang ada pada diri sendiri.
Akhir sekali, selepas
2 hari dari peringkat ujian fizikal mereka akan menapis orang – orang yang
berkelayakan dan berhubung bagi memberitahu jika anda lulus/gagal. Jika anda
lulus dipilih maka bermulanya anda sebagai ahli anggota suksis dan melakukan aktiviti migguan suksis.

No comments:
Post a Comment