Thursday 12 December 2019

Bowling time xxx

Kami dikatakan bahawa nanti kita semua anggota ahli suksis akan adakan pertandingan permainan bowling. Maka jurulatih kami pun cadangkan untuk pergi berlatih katanya. Maka pada hari sabtu pada hari itu kami pun pergi join jurulatih kami bermain bowling di bangi gateway pada malam itu. Kami bermain 2 game yg berharga RM14. Amat sengit permainan antara jurulatih dengan mereka yg berlawan ngan cik penzy pada masa itu. Selepas habis bermain kami sume  pergi makan di kedai makan fariz tidak jauh daripada bangi gateway. Kami berasa amat seronok kerana dapat luangkan waktu bersama walaupun tidak sume ade. Kami pulang dalam pukul 11 gitu kerana telah membazirkan waktu meluangkan masa di kedai makan.
    Sabtu minggu lepas pula, jl kami mencadangkan sekali lagi untuk bermain bowling bersama pada waktu riadah time suksis pada hari sabtu. Pada ketika itu, ramai yg turun bermain dan malangnya kami bermain lewat sedikit kerana menunggu lane yg kosong untuk bermain. Masa itu, jl kami tidak turun sbenarnya kerana dia ingat ramai yg tidak turun hahahahhh. Memang pada masa itu ukhuwwah kami mula makin erat dari hari ke hari. Selepas abis bermain kami pergi bersama- sama ke pasar belakang bangi gateway itu. Kami lepak bersama – sama dan menghabiskan masa berborak di sana. Disebakan hari tidak mengizinkan kami pun pulang tidak lama kemudian



No comments:

Post a Comment

Teluk Intan

Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan...