Thursday 12 December 2019

Hari Interaksi

   
   Saya ingin berceritakan pengalaman saya mengenai hari interaksi suksis bagi ahli skuad 15. Hari interaksi ini diadakan bagi mengeratkan hubungan sesame skuad yang dikendalikan oleh skuad intern, S14 bersama – sama dengan skuad senior, S13. Hari interaksi ini diadakan selama 3 hari 2 malam di Kuala Woh, Perak. Kami bertolak dari Kesatria pada pukul 3.30 petang dan sampai dalam linkungan pukul 6 petang. Semasa kami di Kesatria kami diberi satu tag nama. Sebelum keluar dari bas, kami disuruh untuk menyerahkan telefon dan jam tangan kepada ajk yang bertanggungjawab. Sepanjang hari di kem kami tidak dapat mengenalpasti masa kerana jam dan telefon diambil. Tiba sahaja kami disana kami diatur khemah dengan beratur bertiga – tiga. Pada malam tersebut, kami ade taklimat serba sedikit mengenai suksis dan pengalaman oleh senior skuad dahulu dan juga daripada ajk yg bertugas. Setelah habis taklimat kami dibahagi mengikut kumpulan. Kumpulan telah dibahagi kepada 7 dan kumpulan ditentukan di belakang tag nama terdapat no kumpulan. Waktu itu, kami diberi satu tugas untuk membuat satu bendera dengan mengandungi moto, logo, visi dan misi serta lagu kumpulan. Setelah siap hasilkan kami perbentangkan hasil kerja kami dan setiap seorang diberi satu tali mengikut wane kumpulan sebagai barang wajib yg perlu ade sentiasa. Sebelum kami pergi tido, kami bermain satu permainan itu peka. Dengan menutup mata kami berjalan ke tempat yg ingin dituju. 
   Hari keesokannya, kami bangun dalam linkungan pukul 5.30 pagi untuk bersiap siap solat subuh berjemaah. Kami mulakan pagi kami dengan senaman pagi. Pada hari Sabtu itu, kami bermain explorace berlawan dengan kumpulan yang lain mengikut petunjuk yang diberi. Ia amat mencabar kerana kami harus menyelesaikan misi di setiap checkpoint dalam masa 10 minit dan jika kami tidak dapat selesaikan pada masa tersebut kami dikenakan denda. Pada masa yg sama kami perlu mengawasi bendera kumpulan daripada dirampas oleh ajk. Pada masa petang kami dapat bermain sungai sebentar selepas kami bermain Tarik tali dan berguling di atas lumpur. Selepas itu, kami terdapat aktiviti masakan rimba dengan perlukan hasilkan roti dan telur. Pada malam tersebut, kami terdapat malam kebudayaan dengan setiap kumpulan diberi satu tema yang tersendiri. Kumpulan kami dapat tema Bollywood hahahhhh. Setelah sume kumpulan uat persembahan, tiba masanya penukaran hadiah antara sesame suksis. Pada hari tersebut kami memang amat penat kerana seharian kami berlari dan menggunakan banyak tenaga. Setelah habis malam kebudayaan, sume terus sambung balik tidur. Tiba – tiba sahaja pada beberapa jam selepas itu, kami terdengar siren dan disuruh untuk berkumpul di tempat parking kereta. Dengan mengantuknya, kami bergegas berkumpul dan terdapat aktiviti juga pada pagi tersebut dengan meninggalkan kami di tngh2 hutan sambal menutup mata. Selepas habis sume amat mengantuk dan sambung tido.
   Hari terakhir, kami dapat tido dalam 2/3 jam begitu dengan bangun pagi pada pukul 5.30 pagi. Setelah solat berjemaah sume sambung tido dalam surau kerana tidak dapat cukup tido… Kami melakukan senaman pagi bagi membangkitkan semula semangat untuk melakukan aktiviti pagi. Pada hari ahad tersebut, kami memasuki hutan dan rentas paya dan sungai yang deras bersama sama dengan ahli kumpulan. Kumpulan kami dikenakan denda kerana tidak dapat selesaikan tugasan yg diberi dan kami juga merupakan ahli kumpulan yg terakhir untuk menyelesaikan aktiviti ini… Habis sahaja kami bersiap siap untuk majlis penutupan. Saya memang mengantuk dan saya cuba bertahan sedaya upaya saya untuk tidak tidur pada waktu itu. Habis sahaja kami saksikan video montaj yg dihasilkan oleh ajk multimedia. Habis kami bersiap siap untuk pulang balik university. Kami juga dapat semula telefon kami semula. Sepanjang di dalam bas kami sume tido kerana kepenatan dan bangun sahaja tngk sudah sampai di kesatria.









No comments:

Post a Comment

Teluk Intan

Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan...