Sunday 8 December 2019

Macaroni bakar lazat...




Bahan-bahan :

  • 2 cawan makaroni 
  • 1/2 bawang holland/ bawang merah dipotong dadu
  • 1 mangkuk kecil daging atau ayam dipotong kecil 
  • 1/2 tin sos pasta asli Adabi 
  • 3 sudu besar sos cili Adabi 
  • Sayur : Karrot, capsicum 
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam 
  • 5 sudu besar minyak zaiton Adabi untuk menumis Garam dan gula secukup rasa 

cara memasak:

  1. Masak makaroni terlebih dahulu dengan mendidihkan air lalu meletakkan sedikit minyak. Selepas itu, masukkan makaroni perlahan - lahan ke dalam periuk tersebut.
  2. Rebus makaroni sehingga lembut dan tidak terlalu masak lalu tapis.
  3. Panaskan minyak zaiton lalu masukkan bawang yang sudah dipotong dan tumiskan hingga layu.
  4. Masukkan daging cincang dan air. Masak sehingga daging menjadi empuk.
  5. Masukkan sos pasta, sos cili bersama sayur, garam dan gula lalu kacau hingga didih.
  6. Masukkan makaroni tadi bersama lada hitam dan kacau rata. Matikan api.
  7. Sapukan sedikit butter di dalam loyang lalu masukkan makaroni tersebut ke dalamnya. 
  8. Masak sos putih dengan mencairkan 2 sudu besar butter lalu masukkan 2 sudu besar tepung gandum, 2 cawan susu segar/ susu cair dan 1 sudu kecil lada putih ke dalam butter yang telah cair.
  9. Tuangkan sos putih perlahan - lahan di atas makaroni secara rata.
  10. Tabur mozarella cheese .
  11. Bakar makaroni tersebut di dalam oven selama 30 minit, 160'C
  12. Siap dan boleh dihidangkan. Selamat menjamu....


No comments:

Post a Comment

Teluk Intan

Selalunya bagi saya family day belah ayah saya paling meriah sekali kerana semua ahli akan menghadirkan diri pada masa itu bagi memeriahkan...